Kepada semua bakal2 pengantin Johor ,sebelom nak hantar borang nikah kat pejabat agama...korang kenalah ade ilmu fardu ain skit..sbb nanti korang akn melalui Temuduga bakal pengantin...
Negeri lain xde...
Negeri JOHOR tercinta je ade...*untunglah org yg kawen dgn org johor kan..hehe
so Pd yg tercari2 jawapan tu..aku da tlg carikan utk korang.,..xdelah 100% betol tp Insyallah....dapat membantu...kalau ade jawapan yg tersilap tu...sila tegur ye...TQ =)
1·
Istighfar
Definisi: Istighfar - memohon keampunan atas dosa-dosa yang dilakukan dengan tidak mengulangi perbuatan tersebut selama-lamanya.
إستغفار اللَّهَ
Astaghfirullah
Istighfar ialah
tindakan kita meminta maaf atas kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan selama
ini daripada Allah. Ia dilakukan dengan menyebut kalimah 'Astaghfirullah',
seperti yang tertera di atas. "Astaghfirullah', bermaksud Saya meminta
keampunan Allah.
2·
Lafaz dan erti syahadah
Definisi Syahadah -
Menyatakan kepercayaan akan keesaan Allah SWT dan mengakui Nabi Muhammad SAW
sebagai rasul utusanNya.
Dua kalimah Syahadah: Perkim.net.my.
3·
Selawat Nabi s.a.w.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad - [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]
4·
Rukun Islam
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
5· Rukun Iman
1. Beriman
dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.
6·
Rukun nikah
1 1.Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.
3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.
4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.
5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.

7· Fardu
wuduk/membatalkan wuduk
Fardu
Wuduk
- Niat. Berniat di dalam hati ketika membasuh sebahagian muka.
- Membasuh muka. Iaitu mulai dari sekeliling tempat tumbuh rambut kepala hingga ke
bawah dagu dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.
- Membasuh kedua belah
tangan. Iaitu dari hujung jari hingga ke siku.
- Menyapu/mengusap
sebahagian kepala. Sekiranya rambutnya panjang, maka tidak sah
kalau hanya mengusap rambut yang berlebihan dari batas kepala. Jika tidak
mempunyai rambut sekalipun hendaklah mengusap juga sebahagian dari kepala.
- Membasuh kedua belah
kaki. Iaitu dari hujung jari hingga buku lali
termasuk celah-celah jari.
- Tertib. Iaitu secara berturut-turut.
Perkara-perkara yang membatalkan wudhu’ itu lima, iaitu:
1. Keluar sesuatu daripada qubul dan dubur.
2. Hilang akal dengan sebab mabuk, sakit, gila atau pitam dan sebagainya.
3. Tidur dalam keadaan dua punggung tidak tetap.
4. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang bukan mahramnya dengan tidak berlapik.
5. Menyentuh qubul atau dubur manusia dengan tangan atau perut jari.
8·
Jenis dan bahagian air
- Air Mutlak
Air yang suci lagi menyucikan iyang kekal dengan sifat asal kejadiannya
, boleh dibuat bersuci; boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci
daripada hadas kecil dan besar, membasuh pakaian dan lain-lain.
- Air Musta'mal
air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain boleh
diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. musta'mal tidak boleh digunakan
untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, contoh
air tebu , air kelapa.
- Air Muqaiyad
air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu
sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut
tidak dipanggil air mutlak lagi Suci tetapi tidak menyucikan, boleh
diminum dan tidak boleh dibuat bersuci, Contoh: bercampur sirap kopi dan
sebagainya.
- Air Musyammas
air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Musyammas
ialah air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas
matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk
dan bersuci daripada hadas.
- Air Mutanajjis
air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolahTidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.
BAHAGIAN AIR MUTLAK!!!
Air mutlak ialah air yang
disambut dengan tidak berqaid dengan sesuatu,iaitu tujuh jenis air.
1. AIR HUJAN.
2. AIR EMBUN.
2. AIR EMBUN.
3. AIR LAUT.
4. AIR SUNGAI.
5. AIR MATA AIR.
6. AIR PERIGI.
7. AIR SALJI.
9·
Sebab dan mandi wajib
1.
Bersetubuh, baik keluar mani maupun tidak
2.
Keluar mani, baik keluarnya karena bermimpi ataupun sebab lain dengan sengaja
atau bukan
3. Mati, Orang Islam yang
mati fardhu kifayah bagi muslim yang hidup untuk memandikannya.
4.
Perempuan yang berhenti haid
5.
Seorang wanita yang telah bernofas
6. Melahirkan
10·
Hukum haidh/nifas dan istihadah
HAID -
1. Darah yang keluar daripada perempuan selain daripada beranak (wiladah) atau
nifas atau penyakit.
2. Sekurang-kurang umurnya 9 tahun hijrah (8 tahun 9 bulan Masihi) sehingga
putus haid (monopaus). Tiada dikira haid darah yang keluar dari perempuan yang
belum cukup umurnya 9 tahun hijrah.
3. Darah yang dikira haid adalah sekurang-kurangnya 1 hari 1 malam (24jam) dan
tidak melebihi 15 hari 15 malam (360 am), kebiasaannya antara 6 dan 7 hari. Jika
kurang dari 1 hari atau melebihi 15 hari ianya bukan lagi dikira haid, ianya darah
istihadhah. Bagi perempuan yang melebihi 15 hari maka dia wajib sembahyang atau
puasa walaupun masih keluar darah, tetapi mesti mengentahui segala syarat bagi
orang yang istihadhah untuk beribadat. (akan diterangkan selepas ini)
4. Masa antara suci dan haid (antara dua haid) adalah sekurang-kurangnya 15 hari
15 malam dan tiada dihadkan untuk yang melebihi 15 hari. Darah yang keluar
sebelum tibanya hari yang ke15 setelah sucinya, tidak dikira haid, ianya darah
istihadhah juga. Contohnya: Si A datang haid pada 1hb dan suci daripada pada
7hb, tiba-tiba pada 20hb dia keluar darah lagi. Ini tidak dikira haid kerana masa
sucinya belum mencukupi 15 hari dan wajib bagi perempuan ini sembanhyang atau
puasa,
5. Haid juga keluar dari perempuan yang mengandung tetapi amat jarang berlaku.
Hukum bagi orang ini sama dengan orang haid.
NIFAS -
1. Darah yang keluar dari perempuan yang melahirkan anak dan tidak semestinya semua kelahiran ada darah nifas tetapi kebiasaan bagi orang yang beranak atau bersalin itu keluar darah nifas.
2. Darah yang keluar sebelum atau semasa (beserta) kelahiran itu bukannya darah nifas,, ianya darah 'fasid' (rosak) Darah nifas adalah darah yang yang keluar setelah melahirkan anak atau mengiringi kelahiran tersebut.
3. Waktu keluarnya darah nifas adalah antara waktu selepas bersalin hingga 15 hari daripada bersalin. Jika keluar darah selepas 15 hari daripada waktu bersalin, ianya bujan lagi nifas, ianya haid dan perlu diingat haid hanya dikira dalam jangka waktu 15 hari 15 malam sahaja.

Contoh: Si A bersalin pada 1hb dan
tiada darah yang mengirinya dalam masa 15 hari kecuali darah fasid semasa
bersalin, maka pada 17hb Si A keluar darah, ini adalah dikira haid dan bukan
lagi nifas, oleh itu Si A akan kembali suci setelah kering darahnya sebelum
terlepas jangkamasa 15 hari tersebut. Ini bermakna Si A akan berkeadaan suci
pada 2hb yang berikutnya. (dikira 30 hari sebulan)
4. Jangkamasa keluarnya darah nifas ini adalah sekurang-kurangnya satu 'lahzhoh' (1saat) dan sebanyak-banyaknya 60 hari, tetapi yang kebiasaannya adalah 40 hari.
*Larangan bagi orang haid dan nifas adalah sama, tiada diwajibkan orang yang haid dan nifas itu qadha' senbahyangnya kecuali puasa Ramadhan dan puasa nazar. Qadha' sembahyang kerana haid dan nifas adalah makruh mengikut pendapat yang lebih
'ashah' dan haram mengikut pendapat yang lain.
ISTIHADHAH -
1. Darah yang keluar dari perempuan bukan kerana bersalin atau nifas dan bukannya haid. Ada perempuan yang terus menerus keluar darah dari kemaluannya selama 3 bulan malah boleh mencapai lebih 2 tahun. Inilah darah istihadhah.
Contoh Si A datang haid pada 1 hb dan tidak berhenti sehingga beberapa bulan. Diantara 1 hb hingga 15hb dia dikira haid dan antara 16hb hingga 30hb dikira istihadhah dan 1hb yang berikutnya dia kembali dikira haid sehingga 15hb juga dan begitulah seterusnya.
2. Wajib sembanhyang dan puasa bagi orang yang keluar darah istihadhah (mustahadhah), dan syarat bagi orang mustahadhah sembahyang adalah seperti berikut:
i) Menunggu masuk waktu sesuatu sembahyang sebelum memulakannya. Contohnya dia hendak sembahyang Asar, maka hendaklah dia menunggu waktu asar dahulu baru dia mula membasuh darah dari kemaluannya dan hendaklah dia 'muwalat' (bersambung masa) antara basuh, tampal kebocoran, wuduk dan sembahyang. Tidak boleh diselangi suatu perkerjaan yang lain setelah dia mula membasuhnya. Jika tiada muawalat wajib baginya mengulangi pada permulaannya.
ii) Basuh kemaluannya daripada darah serta lain-lain najis jika ada.
iii) Pakaikan tuala wanita atau kapas yang diikatkan bagi menghalang darahnya menitik.
iv) Berwuduk
v) Sembahyang, dan perlu diingat hanya satu sembahyang fardhu sahaja boleh dilakukan dalam satu masa dan untuk sembahyang yang lain perlu ia ulanginya dalam waktu sembahyang yang lain pula. Hanya sembahyang sunat rawatib (qabliyah dan ba'diyah) serta baca Quran sebelum habis waktu sembahyang itu.
PERKARA YANG DILARANG SEMASA HAID DAN NIFAS
1. Duduk atau diam dalam masjid walaupun seketika, dimaafkan jika hanya lalu di dalam masjid tanpa berhenti.
2. Puasa fardhu atau sunat walaupun puasa qadha'.
3. Haram atas suaminya menceraikan isterinya dalam waktu ini.
4. Haram atas suaminya bergurau senda dengan isterinya antara pusat dan lutut termasuk jima' (bersetubuh) dengannya, ada pendapat yang bukan jumhur hanya mengharamkan jima' sahaja.
5. Termasuk juga perkara yang diharamkan bagi orang yang berjunub (berhadas besar):
i) Sembahyang sunat dan fardhu atau qadha'.
ii) Baca Quran, tiada diharamkan kerana diniatkan zikir dan bukan tilawah (membaca), ada pendapat yang mengatakan tiada diharamkan kerana belajar.
iii) Menanggung mush-haf (kitab Quran) termasuk juga menyentuh Quran, termasuk barang- barang yang berkait secara langsung dengan Quran itu seperti rehal, penunjuk Quran, dan beg Quran yang tiada diguna untuk perkara lain. Menanggung Quran bersama kitab-kitab lain adalah diharuskan jika tidak diqashadkan (diniatkan) menanggung Quran.
iv) Membaca khutbah Jumaat atau khutbah dua hari raya. (lelaki)
v) Sujud tilawah dan sujud syukur
vi) Tawaf di Baitullah (kaabah)
Wallhua'lam - Harap memberi komen jika terdapat kesalahan atau khilaf.
Ibnu Hamzah
Rujukan: Kitab 'Wisyahul Afrah Wa Ishbahul Falah' yg dikarang oleh Al 'Abidul

11· Sebab-sebab
hadas besar dan kecil
JENIS-JENIS
HADAS
PENGERTIAN
HADAS KECIL
CONTOH
HADAS KECIL
PERKARA-PERKARA
YANG DIHARAMKAN SEMASA BERHADAS KECIL
PENGERTIAN
HADAS BESAR
Hadas yang mewajibkan mandi
CONTOH-CONTOH
HADAS BESAR
12·
Rukun sembahyang
Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan
dalam sembahyang.
- 1. BERDIRI BETUL, jika
tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang
dalam keadaan berbaring.
- 2. NIAT, dilafazkan sewaktu
mengangkat takbiratul ihram.
- 3. TAKBIRATUL IHRAM,
mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
- 4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH,
bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
- 5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH,
membongkok 90 darjah.
- 6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH,
berdiri betul selapas rukuk.
- 7. SUJUD DUA KALI DENGAN
THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
- 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN
THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
- 9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
- 10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
- 11. MEMBACA SELAWAT,
membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
- 12. MEMBERI SALAM,
memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah
kiri juga dengan salam.
- 13. TERTIB, mengikut
aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang
kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari
rukun ini dinamakan sunat.
13·
Aurat lelaki dan perempuan
Batasan-batasan aurat :
A.Aurat di khalayak awam
1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.
2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.
B.Aurat dengan ahli keluarga
1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut
C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)
1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.
D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

14·
Lafaz mandi hadas besar dan kecil
Lafaz niat: نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ اْلأَكْبَرِ لله تَعَالَى
atau “Sahaja aku mengangkat hadas junub/haid/nifas kerana Allah Taala”
15· Baca surah
al-Fatihah
16· Baca qunut
17· Baca
tahiyat awal dan akhir
Tahiyat Awal
Tahiyat Akhir
18·
Tujuan nikah
1. Mendapatkan keturunan atau
anak
2. Menjaga diri dari yang haram
2. Menjaga diri dari yang haram
19·
Tanggungjawab suami dan isteri
Tanggungjawab Suami
1. Menyediakan mahar untuk
isteri.
2. Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.
3.
Memberi nafkah, makanan dan minuman, pakaian, alat-alat keperluan dan
sebagainya mengikut yang perlu.
4. Memberi nafkah batin dan
layanan baik kepada isteri.
5. Adil kepada isteri-isteri sekiranya berpoligami.
6.
Memberi didikan agama sekiranya isteri tidak mengetahui atau tiada pengetahuan terutama
tentang soal-soalibadat dalam fardu ain.
7. Tidak mendedahkan sebarang keaiban atau rahsia rumah tangga kepada orang lain yang boleh menjatuhkan
maruahnya.
Tanggungjawab Isteri
1. Mentaati suami dalam sebarang
perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada Allah.
2. Memelihara kehormatan diri dan
maruah suami.
3. Memelihara
harta benda suami, menguruskan rumah tangga, serta mendidik anak-anak dengan
sempurna.
4. Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami
masuk ke dalam rumah.
5. Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan daripada
suami.
6. Merendahkan suara
apabila berkata-kata dengan suami.
20·
Haram ketika junub/haidh
1. SEMBAHYANG
FARDU DAN SEMBAHYANG SUNAT, SUJUD TILAWAH DAN SUJUD SYUKUR.
2. MENYENTUH,
MENGANGKAT DAN MEMEGANG AL-QUR’AN
3. MEMBACA
AYAT-AYAT SUCI AL-QUR’AN, WALAUPUN SATU AYAT. LARANGAN INI BERDASARKAN KEPADA
SABDA NABI SAW BERMAKSUD: “ORANG JUNUB DAN PEREMPUAN YANG HAID, TIDAK BOLEH
MEMBACA SESUATU DARI AL-QUR’AN.” RIWAYAT AT TABRANI.
4. ORANG
YANG SEDANG DALAM BERHADAS BESAR TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI MASJID.
21· Soalan tambahan jika perlu.
Sujud sahwi
-Sujud sahwi adalah nama dua sujud yang dilakukan oleh
seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat
yang disebabkan kerana lupa.
-Ianya dilakukan selepas tahiyat (tasyahhud) akhir sebelum
salam.
-Bacaan dalam sujud سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak
lupa).
Terjemahan Alfatihah

8 comments:
Salam Awien yang kurus... Hehe!
Mak aih.. Banyak betul nak kena hafal... Huhu! Tapi semua ni wajib tahu sebenarnya... Kan? Kan? Kan? (^_____^)V
haha..wsalam...nad cumel...wajib tahu tp bab2 rukun2 tu kdg2 xhengat gak kan..hehe so kira2 revision la..
td je ms g intebiu ade yg taw rukun nikah...sian plak awin tgk mybe die xtaw ade intebiu...=)
Dah khatam dah baca apa yang Awien post kan... Semalam tak sempat... Hehe! :)
wah..nak kawen ke nad hehe
Belum lagi... Jodoh belum sampai... Hehe!
tq untuk soalan2 bocor ni. amat berguna. as 4 me, it was these...
1. mengucap 2 kalimah syahadah dan maksudnya
2. alfatihah
3. rukun nikah
4. doa qunut
5. niat mandi wajib
Rukun islam kene ikut tertibnye
1. mengucap syahadah
2. solat lima waktu
3. melaksanakn ibadah puase
4. mengeluarkn zakat
5. tunai kn ibadah haji
sbb bukan semua golongn yang mampu berpuase wajib kuar zakat, maka puase dulu baru zakat. Wallahualam
Sarawak pun ada pilihan samada nak gi kursus atau temuduga.
Post a Comment